nuffnang header

Tuesday, November 22, 2011

KORDIAL HABBATUS SAUDA ALIF ZA'FA.

Kali ni aku nk memperkenalkan pada korang semua "cordial habbatus sauda keluaran Alif Za'fa Ent". Aku mengamalkan minuman kesihatan ni so far Alhamdullilah badan kembali cerdas. Ramai yang bersetuju dengan aku antaranya ada seorang makcik nie (nama aku xhenggat..) dia citer b4 minum air nie tahap kolestrol tinggi sehingga encik doktor marah...! Tp bila dia minum air ni (atas nasihat kawan2) Alhamdullilah, semuanya berkurangan.

Apa itu Habbatus Sauda???



Ini Bunga yang mengeluarkan Habbatus Sauda...Cantek!

Ini adalah Jintan Hitam @ Habbatus Sauda yang mentah. Mak aku telan satu2,payah...hahah



Ini Habbatus Sauda Keluaran Alif Za'fa,senang! Curah dlm gelas buh air masak/sejuk dah boleh terus minum....sedap! Kalau hr raya tue we all hidang pada tetamu yang nie jek...better dari hidang air gas kan... Harga Rm12 sebotol. Nak? Boleh lah contact this number 019-454 0023....

Jintan Hitam @ Habatus sauda digunakan secara tradisional untuk mencerahkan kulit, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur,sakit-sakit otot, dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolestrol ,merawat batu karang dan sebagainya.

Khasiat habatus sauda:
- Anti inflamasi, mengubati perih dan radang tenggorok.

- Mengubati bengkak sendi.

- Anti kanser, membantu menghalang pembentukkan sel kanser.

- Analgesic,mengubati sakit gigi dan sakit (magrain).

- Mengatur haid, dan meningkatakan pengeluaran susu ibu.

- Antiseptic dan megubati bau mulut.

- Antivirus, mgubati demam dan selsema.

- Dermatologi,megubati jerawat dan eksim.

- Urinary tract, mgubati saluran kencing dan batu karang.

- Meningkatkan system daya tahan tubuh.

- Mengubati diarea,kekerjang, dan hempedu.

- Mningkatkan daya ingatan dan konsentrasi.

- Mengubati masalah berkaitan cacing pita.

- Meningkatkan tenaga zahir dan batin.

- Sesuai dengan semua peringkat umur.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda dalam hadisnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain, “gunakanlah Habatus Sauda’ kerana didalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As-Sam (maut)” (HR. Bukhari,Muslim)

I'm Back!!!

Assaalammualaikum, salam sejahtera...setelah 2years lost dlm dunia sendiri akhirnya aku kembali.
Pelbagai perubahan yang telah dilalui aku...
antarenya,
1. dah kawen! (dengan incek temokk)
2. dh 2 in 1! (guess wat???) hahah...

ALHAMDULILLAH...

Sinopsis cerita kehilangan aku in last 2 years:

Aku berjaya habiskan degree aku di UUM,sintok. Mac 2010.
On Jun kot,aku berkerja as customer service exec at TM but just the contract stafff... :(
Nov 2010, working at alam maritim for 6 month pastu aku dpt offer berkerja di tempat aku sekarang lah. Anak syarikat alam maritim...more to offshore service ,my post here as project Secretary....alhamdullilah. Sbb lari dari bidang aku...communication!
ini adalah OGA 2011,di mana semua company yg terlibat dlm oil n gas involve....hahah,ce'cari aku kat mner??? hahah...
_________________________________________________________________

wedding aku plak berlangsung on 19 march 2011.
hahaha....aku rase wedding aku paling simple miple...bukan ape kami berkahwin tanpa melalui adat istiadat pertunangan,risik-risikan dan sebagainya lah...bg aku itu tak perlu! membazir! hahah...dah kenal almost 4 years,so nikah kan jelah....itu yang wajib! Tp ada jugak mulut2 berkata majlis aku ni macam nikah janda! ohhh...so wat??? uollsss ke nak sponsorrr klo nikah aku mcm nikah mak ct nurliza??? hahahah....alhamdullilah.
nikah di rumah family aku di pahang....


post after wedding action...! bawah bukit umah aku jek...jengka 8!


outdoor kat perlis...(hubby hometown)
-------------------------------------------------------------------------------------------------

REZEKI KAHWIN!!!!

dlm 2 month after married, aku dgn hubby di turunkan berita gembira rezeki kahwin lah kan...
hubby aku dpt offer kerja kerajaan as Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred 41 (Pensyarah). Alhamdullillah kepada Allah.
sebelum ni hubby aku working @ Les'copaque as Script Writer...so kami berdua stay in KL lah,tp bla allah bg rezeki..tentu ada pengorbanan yang dituntut untuk mguji kita antaranya aku terpaksa tinggal berjauhan dgn hubby kerana dia akan dihantar ke Muadzam Shah,Pahang!
sooo,weekend Husband & wife lah!
nevermine,dah biasa dan aku bahagia. hahahah...(redha...pasrah)

apa yang aku nak share sini,specially pada mereka yang tak mau nikah or takut2 nak nikah/pegang tanggungjawab as hubby n wffy...aku saran kan,perbetulkan lah niat korang. Niat tue biarlah kerana Allah,mencari keredhaanNya....InsyaAllah,Allah maha mengetahui. Allah xakan susahkan kita melainkan hanya untuk menguji kesabaran kita.

_________________________________________________________________


To be Mooommmm???!!!

waktu aku buat prenancy test aku tinggal berseorangan tanpa suami disisi...yang ada that time only my younger sis "sahara". aku mula2 xsedap badan...dan hadapi tanda2 seperti dibawah....

Berikut adalah 10 tanda-tanda awal kehamilan:

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung.


tapi,tak semua tanda2 ni kita akan alami ok! mungkin salah satu sahaja....hahah...OK,sambung...bila aku tgk je 2 jalur! aku jadi blur jap....dlm ati,"betoi ka???" aku ckp kat my sis dia pon blur...yelah that time baru pukui 7pg....ermmm........tgh hr @ opis baru aku percaya....hahaha...and org yg turut epy adalah my hubby.

____________________________________________________________________

25 weeks!!!!!!

This week dah 25 weeks!
My baby sudah pandai berkomunikasi dengan aku...
Sudah terasa pergerakan dr dlm dan lebih mengejutkan (bg aku as 1st mom) baby aku dh boley "twistt..." kedudukannya...Ya'allah! bestnya! tapi hanya tengah mlm shj ok!
------------------------------------------------------------------
Tapi aku masih xpaham kenaper masih ader lagi orang yang buang bayi...
aku tahu menda itu mungkin memalukan diorang...kalo dah malu kenape berzina lagi??
xbertanggungjawab...xpasal hamba yang xberdosa jadik mangsa! Lebeh kejam dari binatang....

Sunday, March 8, 2009

Aku dan Dia...











Malam Jubli Perak





Gadis GoKart!

Kali ini aksi santaiku di litar GoKart Uum...Cadang nak test drive tapi cuaca tidak mengizinkan...ahahah...jadilah gadis litar Gokart saje...